Sunday 4 March 2012

Karangan Peribahasa (Asal Bisa Tegal Biasa)




           Siti sedang duduk di ruang tamu sambil membelek-belek buku resipi untuk memasak pada petang itu. Sedang Siti melihat resipi-resipi lauk-pauk, dia teringat ketika dia baru sahaja belajar memasak pada tiga tahun yang lalu. Sambil tersenyum,peristiwa yang tidak dilupakan bermain di fikirannya. 


           Waktu itu Siti adalah seorang budak yang pemalas dan tidak pernah dihatinya berniat untuk menolong ibunya di dapur apatah lagi memasak. Padanya, memasak adalah satu tugas yang amat merumitkan. Puas ibunya menasihatinya tetapi tidak berjaya. Siti dengan sikap yang tegas tidak pernah memikirkan apa yang akan terjadi jika dia berumah tangga kelak.

           Pada suatu hari, ibunya berpura-pura sakit. Siti dengan kelam-kabut, tidak tahu apa yang harus dia masak. Di hatinya, ingin sahaja dia beli makanan di luar tetapi ibunya ingin Siti juga yang memasak untuknya. Untuk tidak menghampakan ibunya, Siti hanya menggoreng telur untuk ibunya. Dia merasa dirinya tidak berguna dan sia-sia sahaja dia dilahirkan perempuan.

           Pada hari itu, Siti berazam ingin mengubah dirinya. Dengan hati terbuka, Siti memberitahu ibunya bahawa dia ingin belajar memasak. Ibunya memberikan sokongan kuat dan menyuruhnya memasuki kelas memasak.

           Sekarang memasak adalah satu hobi yang digemari Siti. Dia juga adalah seorang tukang masak yang profesional dan bercita-cita untuk membuka restoran sendiri. Padanya, memasak adalah satu tugas yang amat mudah. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.