Siti sedang duduk di ruang tamu sambil membelek-belek buku resipi untuk memasak pada petang itu. Sedang Siti melihat resipi-resipi lauk-pauk, dia teringat ketika dia baru sahaja belajar memasak pada tiga tahun yang lalu. Sambil tersenyum,peristiwa yang tidak dilupakan bermain di fikirannya.
Waktu itu Siti adalah seorang budak yang pemalas dan tidak pernah dihatinya berniat untuk menolong ibunya di dapur apatah lagi memasak. Padanya, memasak adalah satu tugas yang amat merumitkan. Puas ibunya menasihatinya tetapi tidak berjaya. Siti dengan sikap yang tegas tidak pernah memikirkan apa yang akan terjadi jika dia berumah tangga kelak.
Pada suatu hari, ibunya berpura-pura sakit. Siti dengan kelam-kabut, tidak tahu apa yang harus dia masak. Di hatinya, ingin sahaja dia beli makanan di luar tetapi ibunya ingin Siti juga yang memasak untuknya. Untuk tidak menghampakan ibunya, Siti hanya menggoreng telur untuk ibunya. Dia merasa dirinya tidak berguna dan sia-sia sahaja dia dilahirkan perempuan.
Pada hari itu, Siti berazam ingin mengubah dirinya. Dengan hati terbuka, Siti memberitahu ibunya bahawa dia ingin belajar memasak. Ibunya memberikan sokongan kuat dan menyuruhnya memasuki kelas memasak.
Sekarang memasak adalah satu hobi yang digemari Siti. Dia juga adalah seorang tukang masak yang profesional dan bercita-cita untuk membuka restoran sendiri. Padanya, memasak adalah satu tugas yang amat mudah. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
1. Kes kecurian basikal adalah isu utama yang ditimbulkan di dalam petikan akhbar ini.
2. Mereka yang memiliki basikal perlu berikan perhatian terhadap artikel ini.
3. Kes ini menjadi bertambah teruk pada tahun 2011.
4. Basikal-basikal curian ini dijual di Sungai Road, bazar di City Plaza,lokasi sementara di estet perusahaan di Jurong,Woodlands dan Sembawang.
5. Kes kecurian ini boleh dikurangkan dengan menyimpan basikal mereka di rumah apabila ia tidak digunakan, mengunci basikal mereka di tempat khas, seperti rak-rak basikal, mengunci peralatan basikal yang mudah ditanggalkan, menggunakan mangga jenis 'U' yang memberikan perlindungan lebih baik berbanding mangga kabel dan juga menggunakan skim label keselamatan basikal.
6. Pada pendapat saya, kes kecurian basikal ini semakin bertambah kerana pemilik basikal tidak mengikuti dan prihatin tentang mencegah kecurian basikal mereka.
Artikel ini tentang seorang
lelaki bernama Encik Yong Chun Kim yang telah terperangkap dalam salji semasa ribut
salji di Gunung Rainer, Washington. Dengan semangat yang kuat, dia mampu
membuatkan dirinya hidup dengan mengorek salji untuk mewujudkan sebuah terowong
untuk dia berlindung dan membakar duit supaya dia sentiasa berasa hangat. Nyawa
adalah penting baginya kerana itu padanya duit boleh dicari namun untuk
menggadaikan nyawanya dan cepat berputus asa tidak sama sekali. Dengan artikel
ini, saya dapat mempelajari bahawa dalam kehidupan ini kita tidak harus mudah
berputus asa. Kita juga harus mempunyai semangat yang kuat dan berani untuk menumpuh
apa jua yang kita akan hadapi. Artikel ini juga memberikan saya motivasi untuk
saya berjuang di masa hadapan.