Tuesday 24 January 2012

Renungan Artikel 1


Artikel ini tentang seorang lelaki bernama Encik Yong Chun Kim yang telah terperangkap dalam salji semasa ribut salji di Gunung Rainer, Washington. Dengan semangat yang kuat, dia mampu membuatkan dirinya hidup dengan mengorek salji untuk mewujudkan sebuah terowong untuk dia berlindung dan membakar duit supaya dia sentiasa berasa hangat. Nyawa adalah penting baginya kerana itu padanya duit boleh dicari namun untuk menggadaikan nyawanya dan cepat berputus asa tidak sama sekali. Dengan artikel ini, saya dapat mempelajari bahawa dalam kehidupan ini kita tidak harus mudah berputus asa. Kita juga harus mempunyai semangat yang kuat dan berani untuk menumpuh apa jua yang kita akan hadapi. Artikel ini juga memberikan saya motivasi untuk saya berjuang di masa hadapan. 


No comments:

Post a Comment